? ??????????????Wallpaper? ????? ?? ???Rating: 2.3 (25 Ratings)??15 Grabs Today. 1520 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lotus? ????? ?? ???Rating: 4.0 (195 Ratings)??15 Grabs Today. 52748 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Glistening Rose? ??? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

masok sile tinggalkan jejak...

supaye senang Mya pollow balek...=)

♥♥blogger-we-care◕‿◕♥♥

♥♥sumenye tentang saye♥♥

My photo
KUALA TERENGGANU, KUALA TERENGGANU, Malaysia
DI SINI TEMPAT MYA LUAHKAN SUKA DUKA HIDUP MYA DARI DULU SAMPAI SEKARANG .... DARI PERANGAI BUDAK- BUDAK SAMPAI LA RASA SEPARUH MATANG ...

Saturday, April 16, 2011

kisah antara manusia dengan sang sawa

al kisah....pada zaman dahulu kala, sang sawa berkawan rapat dengan seorang manusia..mereka berkawan baik hingga tidak boleh berpisah antara satu sama lain.
            Bermula pada suatu hari, ada seorang perempuan yang sangat cantik tidak terhingga baru berpindah ke kampung yang didiami oleh sang sawa dengan manusia itu. Sang sawa dan manusia amat terpikat dengan perempuan itu. Maka, bermulalah perbualan antara manusia dengan sang sawa itu.

Sang sawa: wahai manusia, ko knl tak ngn gurl yg duk ujung kg tu?
Manusia: hah? Gurl mn ni?
Sang sawa: ala..yg duk kt umah kaler kuning kt ujung kg tu?
Manusia: erm..yg bru pindah tu ke?(bepk(pehal ngn sang sawa ni..minat ke??))
sang sawa: ha'ah...tu la...(bepk(untung ,manusia ta knl...aku la dpt dulu gurl yg cntik menawan tu))
manusia: ta knl tp aku nk knl la..lawa kan? Aku ingat nk ngorat dia le..ehm2..aku kan manusia paling hensem dan kuat di kampung ni..tak ada sesiapa yg ley lawan aku pnye...
sang sawa: eleh..ko ingt ko da ckup kuat dan hensem ke? Aku tnye ni psl aku nk knl ngn dia la siot..
manusia:hah?!(bepk(aik..ular pon ada hati nk ngorat manusia perempuan ke?))
sang sawa:ye la...aku nk ngorat perempuan tu..
manusia: eh3....ta boleh..dia aku da cop da....
sang sawa: aik..bila ko tempah dia?ko ni nk kne ngn aku...
manusia: dia kan manusia, ko kan ular..mn ley bersatu siot...
sang sawa: eh..pehal lak....ikut suka hati bapak tiri lak mak aku le...ta kira..aku nk juga..(dengan perasaan marah)
manusia: ok le lau cm tu, kita lawan, sape paling kuat dia yg dpt perempuan tu..
sang sawa: ok..ta de hal..

            bermula la perlawanan antara manusia dengan sang sawa yang dahulu nye bagaikan isi dengan kuku  tetapi kini,gara- gara seorang perempuan, mereka bergaduh bagaikan nk rak. Pada hari pertandingan:

manusia: ok..kita nk lawan ape?
Sang sawa: la..ko pnye pendapat ko tanye aku lak...
manusia: erm..kita lawan sape yg pling kuat tenaga dia, dia yg dpat perempuan tu..
sang sawa: erm...ta de bnda lain ke ko nk lwn?
Manusia: eh...ko nak ke tak nak ni? Klo ta nak aku lah yang menang pasal ko da tanak tanding..,huhuhu...
sang sawa: eh..mana aci..tanding pon belom ko da ngaku menang....kureng asem pnye manusia...
manusia: aci kt india la... haaa...ape tunggu lagi...jom la....
sang sawa: ok..jom...

dan bermula la pertandingan antara kedua- dua sahabat itu...bermula daripada manusia..manusia memeluk sang sawa sekuat- kuat hatinye...

sang sawa: hek eleh..bkn kuat mn pon tenage kau....
manusia: ok..klu aku tak kuat..ko pulak yang try..

maka, sang sawa pon memeluk manusia sekuat- kuat hatinya...dia memeluk manusia sebagaimana dia membelit mangsa untuk dibunuh...

sang sawa: hah...cm ne?kuat tak?
Manusia: (dengan wajah kebiruan mencari udara untuk bernafas dan nada suara yang tersekat- sekat ) ok la..aku kalah...
sang sawa: ape?aku tak dengar....
manusia: aku ngaku kalah...
sang sawa:oh...klo dlm bhse aku kalah tu ertinye menang.....oh..ko ngaku ko menang ye?(sambil membelit lagi kuat)
manusia: ye la..aku menang..aku menang....
sang sawa: maaf..aku tak main guna bahasa untuk mengaku kalah.....
manusia:(kueng asem pnye sang sawa..die knekan aku rupanya....manusia pon naikkan bendera putih tandanye dia udah kalah...)
sang sawa yang melihat tu hanya tersenyum mengejek....
sang sawa: aku tak faham la siot.....
manusia pon menaikkan bendera merah...sang sawa pon berkata: aku memang tak faham langsung...
habis sude sume kaler bendera yang manusia angkat..akhirnya manusia pon meninggal dunia..maka pada pemikiran sang sawa perempuan itu dia yang punye..

seminggu selepas itu........manusia menjadi hantu dek pasal roh nye tak tenteram..mana tidaknya,habis tulang- temulangnya patah ketika dibelit oleh sang sawa...arwah manusia pon mencari sang sawa..
pada suatu hari...ketika waktu malam..sang sawa sedang berangan..tibe- tibe dia ternampak arwah manusia yang merupakan sahabatnya dulu dan akhirnya meninggal akibat dibelit oleh sang sawa sendiri..

sang sawa: eh..nape ko nampak muram je manusia...
manusia: aku nk tanya ko sesuatu.....
sang sawa: tanya la...
manusia: kalah dalam bahasa ko ape?
Sang sawa:(dengan muka selambe badak)..kalah la..
manusia: hah?! Da tu np bila aku kate aku da kalah ko masih tak nak lepaskan aku? Da berapa banyak aku buat supaya ko tau aku da ngaku kalah...
sang sawa: aku tau da...
manusia: da tu napa tak lepaskan aku? Sampai aku meninggal baru kau lpaskan aku..
sang sawa: aku saje je..pasal aku tau..klu kau hidup lagi, perempuan tu mesty akan tertarik ngn kau...pasal tu aku bunuh kau terus...hehehehehe....
manusia: kureng asem pnye sang sawa.....

dengan perasaan geram manusia pon mencekik sang sawa dengan sekuat hatinye...(tenaga hantu lebih kuat daripada tenaga ular)...

akhirnya kedua- dua sahabat pon meninggal akhibat berbunuhan sesama sendiri hanya kerana berebutkan seorang perempuan yang belom dikenali....


p/s: jangan berbunuhan sesama sendiri hanya kerana bende yg lom pasti..

Kisah kehidupan seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta.

kisah ini mengisahkan tentang kehidupan dan nasib seorang pelajar yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi swasta yang bernama Damia. Damia seorang yang peramah. Kisah ini ialah ketika Damia sedang belajar di semesta dua. Dia mempunyai seorang kawan yang dianggap sahabat baik kerana nama gelaran mereka adalah serupa iaitu MIA. Cuma yang membezakan ialah D dan Z dihadapan nama mereka iaitu Damia dan Zamia. Semua pelajar yang sekelas dengan mereka memanggil mereka dengan nama MIA 1 dan MIA 2. Pada mula- mula menjejakkan kaki ke kolej ini Mia 1 belum mengenali Mia 2. Meereka mula mengenali sesama sendiri kerana pada semester dua mereka sekelas iaitu kelas G6 dan mereka menjadi rapat hanya kerana mempunyai nama yang sama. Mereka berdua seperti belangkas, kemana sahaja mereka pergi pun mereka akan pergi berdua sehingga ada yang memanggil mereka kembar. Pada suatu hari, Mia 1 yang berasal dari negeri Pahang mengajak Mia 2 balik ke kampung halamannya dek kerana minggu itu semua pelajar dibenarkan pulang bermalam di rumah. Di kampung, Mia 2 mula menunjukkan perangai sebenar, tetapi Mia 1 hanya diam kerana memikirkan Mia 2 mungkin bergurau, sampailah ke satu masa, Mia 2 merungut supaya tidak membawa adik- adik sepupu Mia 1 pergi bersiar- siar. Mia 1 mula berang bila Mia 2 meluahkan perasaan sebegitu. Mia 1 pun membangkang Mia 2 dan Mia 2 hanya senyap dan berkata dia hanya cadangkan sahaja. Sampai di kolej, Mia 1 dan Mia 2 masih lagi rapat. Namun, langit tak selalunya cerah. Mia 2 mula reka cerita tentang kakak angkat Mia 1 iaitu kak Sarah menuduh Mia 2 atas kesalahan yang tidak dibuat. Namun, bagi Mia 1, antara kakak kesayangan dia dan Mia 2, dia lebih sayangkan kakaknya itu biarpun kakaknya itu hanya memegang status kakak angkat. Mia 1 dan Mia 2 mula renggang sehingga rakan- rakan yang lain mula menyedari yang mereka tidak lagi sehaluan. Ketika Mia 1 bercuti di P. Pinang iaitu rumah ayah saudaranya, dia merasa rindu terhadap Mia 2. Rindu akan kemesraan mereka berdua yang pernah tercipta suatu ketika dahulu. Dengan teragak- agak, Mia 1 menelefon Mia 2 dengan bermodalkan satu soalan. Ketika di semester tiga, mereka masih lagi sekelas untuk 1 bulan, selepas pulang bercuti untuk kali seterusnya, pelajar kelas mereka diubahkan. Mia 1 dan Mia 2 tidak lagi sekelas. Mia 2 dimasukkan ke kelas G9 manakala Mia 1 dimasukkan ke kelas H4. Ini kerana kelas G6 yang dahulunya diduduki oleh mereka telah diubah menjadi kelas mengulang subjek bahasa inggeris. Mia 1 dimasukkan ke kelas H4 kerana mengulangi subjek anatomi. Mereka mula renggang dan renggang lagi. Akan tetapi, mereka kembali rapat kerana berkawan dengan rakan seorang lagi yang baru dikenali oleh Mia 2, tetapi sudah lama dikenali oleh Mia 1 iaitu Hannah. Hannah mempunyai budi pekerti yang mulia. Pada suatu hari, Mia 1 mengajak Hannah makan di biliknya. Mereka berbual- bual pasal diri masing- masing dan tiba- tiba Hannah menanya kepada Mia 1 tentang Mia 2. Mereka berbual- bual mengenai Mia 2 dan di situ la Mia 1 dan Hannah menyedari yang mereka ditipu hidup- hidup oleh Mia 2. Banyak percanggahan fakta yang diceritakan oleh Mia 2 terhadap Hannah dan Mia 1. Sejak hari itu, Mia 1 dan Hannah terus merancang untuk mengorek cerita daripada Mia 2. Ternyata apa yang mereka teka adalah betul belaka, Mia 2 adalah seorang yang penipu. Mereka mula menjauhi Mia 2. Mia 2 yang menyedari Mia 1 dan Hannah tidak lagi rapat dengannya mula menyebarkan fitnah yang Mia 1 telah merampas Hannah darinya dan juga telah mengganggu kekasih hatinya. Namun Mia 1 bukan la seorang yang boleh dipijak kepalanya. Mia 1 mula menyindir Mia 2 untuk menyedarkan Mia 2 bahawa bukan semua orang sukakan dirinya. Mia 2 merasa tertekan lalu menghantar khidmat pesanan ringkas(sms) kepada Mia 1. pesanannya berbunyi”lantak ko dan ikut ko la nk kte ape pon, aku x kaco hidop ko, laki ko, kuarga ko. Jadi, ko jangan kaco hidop aku.bye.” Mia 1 merasa berang dengan mesej yang dihantar oleh Mia 2 lalu pergi berjumpa dengan Hannah dan menunjukkan mesej tersebut sambil bertanya kuat”Hannah,sape yang kaco hidop sape sebenarnya ni?!!!” Mia 1 sengaja menguatkan suara kerana bilik Mia 2 berhadapan dengan bilik Hannah. Hannah pula menjawab “bukan ke dia yang kaco hidop kita dulu??” Mia 1 dan Hannah mengungkit satu persatu rahsia yang dipendam selama ini. Nah..terbongkar sudah penipuan dia, namun, bukan setakat itu sahaja. Hannah dan Mia 1 masih lagi merancang untuk bersemuka dengan Mia 2 untuk mengetahui kebenarannya. Tiba la hari yang ditunggu- tunggu...Mia 1 bersama- sama Hannah pun bersemuka dengan Mia 2. mereka berharap pertemuan itu berjalan dengan lancar. Sesi soal jawab mula di utarakan. Satu persatu persoalan yang keluar dari mulut Mia 1 dan Hannah namun apa yang mereka harapkan nampaknya tidak menjadi kenyataan apabila Mia 2 hanya membatukan diri. Segala soalan yang ditanya hanya di jawab dengan reaksi muka yang langsung tiada rasa bersalah. Namun, Mia 1 dan Hannah masih tidak berputus asa untuk mengetahui kenyataan yang sebenar. Akhirnya terjawab la sudah satu pertanyaan yang Mia 1 dan Hannah ingin rungkaikan, Mia 2 mengaku bahawa semua fitnah itu di sebarkan kerana Mia 1 rapat dengan Hannah dan soal Mia 1 mengganggu kekasih hatinya hanyalah direka semata- mata hanya kerana iri hati terhadap Mia 1 yang sedang berbahagia bersama tunangnya. Ya Allah, apakah ini dugaan bagi Mia 1? Namun, Mia 1 dan Hannah telah memutuskan untuk putus persahabatan dengan Mia 2 kerana tidak sanggup ditipu lagi. Setelah hari itu, Mia 1 dan Hannah menjauhkan diri daripada Mia 2. jika mereka terserempak, pasti mereka akan jauhkan diri.
           
            itu la kisah seorang pelajar yang bernama Damia.

There was an error in this gadget