? ??????????????Wallpaper? ????? ?? ???Rating: 2.3 (25 Ratings)??15 Grabs Today. 1520 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lotus? ????? ?? ???Rating: 4.0 (195 Ratings)??15 Grabs Today. 52748 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Glistening Rose? ??? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

masok sile tinggalkan jejak...

supaye senang Mya pollow balek...=)

♥♥blogger-we-care◕‿◕♥♥

♥♥sumenye tentang saye♥♥

My photo
KUALA TERENGGANU, KUALA TERENGGANU, Malaysia
DI SINI TEMPAT MYA LUAHKAN SUKA DUKA HIDUP MYA DARI DULU SAMPAI SEKARANG .... DARI PERANGAI BUDAK- BUDAK SAMPAI LA RASA SEPARUH MATANG ...

Saturday, April 16, 2011

Kisah kehidupan seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta.

kisah ini mengisahkan tentang kehidupan dan nasib seorang pelajar yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi swasta yang bernama Damia. Damia seorang yang peramah. Kisah ini ialah ketika Damia sedang belajar di semesta dua. Dia mempunyai seorang kawan yang dianggap sahabat baik kerana nama gelaran mereka adalah serupa iaitu MIA. Cuma yang membezakan ialah D dan Z dihadapan nama mereka iaitu Damia dan Zamia. Semua pelajar yang sekelas dengan mereka memanggil mereka dengan nama MIA 1 dan MIA 2. Pada mula- mula menjejakkan kaki ke kolej ini Mia 1 belum mengenali Mia 2. Meereka mula mengenali sesama sendiri kerana pada semester dua mereka sekelas iaitu kelas G6 dan mereka menjadi rapat hanya kerana mempunyai nama yang sama. Mereka berdua seperti belangkas, kemana sahaja mereka pergi pun mereka akan pergi berdua sehingga ada yang memanggil mereka kembar. Pada suatu hari, Mia 1 yang berasal dari negeri Pahang mengajak Mia 2 balik ke kampung halamannya dek kerana minggu itu semua pelajar dibenarkan pulang bermalam di rumah. Di kampung, Mia 2 mula menunjukkan perangai sebenar, tetapi Mia 1 hanya diam kerana memikirkan Mia 2 mungkin bergurau, sampailah ke satu masa, Mia 2 merungut supaya tidak membawa adik- adik sepupu Mia 1 pergi bersiar- siar. Mia 1 mula berang bila Mia 2 meluahkan perasaan sebegitu. Mia 1 pun membangkang Mia 2 dan Mia 2 hanya senyap dan berkata dia hanya cadangkan sahaja. Sampai di kolej, Mia 1 dan Mia 2 masih lagi rapat. Namun, langit tak selalunya cerah. Mia 2 mula reka cerita tentang kakak angkat Mia 1 iaitu kak Sarah menuduh Mia 2 atas kesalahan yang tidak dibuat. Namun, bagi Mia 1, antara kakak kesayangan dia dan Mia 2, dia lebih sayangkan kakaknya itu biarpun kakaknya itu hanya memegang status kakak angkat. Mia 1 dan Mia 2 mula renggang sehingga rakan- rakan yang lain mula menyedari yang mereka tidak lagi sehaluan. Ketika Mia 1 bercuti di P. Pinang iaitu rumah ayah saudaranya, dia merasa rindu terhadap Mia 2. Rindu akan kemesraan mereka berdua yang pernah tercipta suatu ketika dahulu. Dengan teragak- agak, Mia 1 menelefon Mia 2 dengan bermodalkan satu soalan. Ketika di semester tiga, mereka masih lagi sekelas untuk 1 bulan, selepas pulang bercuti untuk kali seterusnya, pelajar kelas mereka diubahkan. Mia 1 dan Mia 2 tidak lagi sekelas. Mia 2 dimasukkan ke kelas G9 manakala Mia 1 dimasukkan ke kelas H4. Ini kerana kelas G6 yang dahulunya diduduki oleh mereka telah diubah menjadi kelas mengulang subjek bahasa inggeris. Mia 1 dimasukkan ke kelas H4 kerana mengulangi subjek anatomi. Mereka mula renggang dan renggang lagi. Akan tetapi, mereka kembali rapat kerana berkawan dengan rakan seorang lagi yang baru dikenali oleh Mia 2, tetapi sudah lama dikenali oleh Mia 1 iaitu Hannah. Hannah mempunyai budi pekerti yang mulia. Pada suatu hari, Mia 1 mengajak Hannah makan di biliknya. Mereka berbual- bual pasal diri masing- masing dan tiba- tiba Hannah menanya kepada Mia 1 tentang Mia 2. Mereka berbual- bual mengenai Mia 2 dan di situ la Mia 1 dan Hannah menyedari yang mereka ditipu hidup- hidup oleh Mia 2. Banyak percanggahan fakta yang diceritakan oleh Mia 2 terhadap Hannah dan Mia 1. Sejak hari itu, Mia 1 dan Hannah terus merancang untuk mengorek cerita daripada Mia 2. Ternyata apa yang mereka teka adalah betul belaka, Mia 2 adalah seorang yang penipu. Mereka mula menjauhi Mia 2. Mia 2 yang menyedari Mia 1 dan Hannah tidak lagi rapat dengannya mula menyebarkan fitnah yang Mia 1 telah merampas Hannah darinya dan juga telah mengganggu kekasih hatinya. Namun Mia 1 bukan la seorang yang boleh dipijak kepalanya. Mia 1 mula menyindir Mia 2 untuk menyedarkan Mia 2 bahawa bukan semua orang sukakan dirinya. Mia 2 merasa tertekan lalu menghantar khidmat pesanan ringkas(sms) kepada Mia 1. pesanannya berbunyi”lantak ko dan ikut ko la nk kte ape pon, aku x kaco hidop ko, laki ko, kuarga ko. Jadi, ko jangan kaco hidop aku.bye.” Mia 1 merasa berang dengan mesej yang dihantar oleh Mia 2 lalu pergi berjumpa dengan Hannah dan menunjukkan mesej tersebut sambil bertanya kuat”Hannah,sape yang kaco hidop sape sebenarnya ni?!!!” Mia 1 sengaja menguatkan suara kerana bilik Mia 2 berhadapan dengan bilik Hannah. Hannah pula menjawab “bukan ke dia yang kaco hidop kita dulu??” Mia 1 dan Hannah mengungkit satu persatu rahsia yang dipendam selama ini. Nah..terbongkar sudah penipuan dia, namun, bukan setakat itu sahaja. Hannah dan Mia 1 masih lagi merancang untuk bersemuka dengan Mia 2 untuk mengetahui kebenarannya. Tiba la hari yang ditunggu- tunggu...Mia 1 bersama- sama Hannah pun bersemuka dengan Mia 2. mereka berharap pertemuan itu berjalan dengan lancar. Sesi soal jawab mula di utarakan. Satu persatu persoalan yang keluar dari mulut Mia 1 dan Hannah namun apa yang mereka harapkan nampaknya tidak menjadi kenyataan apabila Mia 2 hanya membatukan diri. Segala soalan yang ditanya hanya di jawab dengan reaksi muka yang langsung tiada rasa bersalah. Namun, Mia 1 dan Hannah masih tidak berputus asa untuk mengetahui kenyataan yang sebenar. Akhirnya terjawab la sudah satu pertanyaan yang Mia 1 dan Hannah ingin rungkaikan, Mia 2 mengaku bahawa semua fitnah itu di sebarkan kerana Mia 1 rapat dengan Hannah dan soal Mia 1 mengganggu kekasih hatinya hanyalah direka semata- mata hanya kerana iri hati terhadap Mia 1 yang sedang berbahagia bersama tunangnya. Ya Allah, apakah ini dugaan bagi Mia 1? Namun, Mia 1 dan Hannah telah memutuskan untuk putus persahabatan dengan Mia 2 kerana tidak sanggup ditipu lagi. Setelah hari itu, Mia 1 dan Hannah menjauhkan diri daripada Mia 2. jika mereka terserempak, pasti mereka akan jauhkan diri.
           
            itu la kisah seorang pelajar yang bernama Damia.

0 ORANG YANG SAYANGKAN MYA: